Click This

Monday, October 7, 2013

Andai Lelaki Tahu

 

  ANDAI LELAKI TAHU Andai lelaki tahu.. Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya. 
  
  Andai lelaki tahu.. Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu.
  
  Andai lelaki tahu.. Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itu maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak sesuatu yang terjadi. 
  
  Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan cerewet, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat. 

  Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan berkata dia mahu kamu berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima kamu seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda. 
  
  Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan kamu, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan kamu dan masih menganggap kamu anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. terkadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, kamu akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk kamu . 
  
  Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan duit atau hadiah, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat dia rasa dihargai. 
  
  Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak mencintai kamu tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya. 
  
  Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan kata dia rindu dgn kamu, dia benar-benar maksudkannya. Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia denganmu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik. Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan berkata kasar, dia bukan bermaksud utk berkasar, tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan sikapnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. 

 Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar mencintai anda. Perempuan sulit untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda. 

  Andai lelaki tahu.. Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun sebenarnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang dapat menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. 

  Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

Wednesday, September 18, 2013

Want to be billionaire ??

Memang betol apa yg ada dalam pic diatas..kadang² kite keliru nak pilih jalan mane yang kita nak lalu..kadang² tersalah pilih jalan kite akan sesat dan membuatkan kite tak ada arah tuju dalam hidup...saya ni tak lah seperti A+ yang pandai² dan saya pon bukan lah seperti UNGRADUATE yang otak nya kreatif yang boleh pikir kan sesuatu yang hasilnya berjuta² tetapi saya ingin menjadi seperti UNGRADUATE SEBAB MEREKA PILIH JALAN MEREKA SENDIRI UTK BERJAYA..Akhir kata ingatlah pesanan ini "bukan senang nak jadi senang dan bukan susah nak jadi susah" sama² lah kite berjaya amin 

This is true what has been state in the pic above...sometime we donno how to choose path to be success and sometime we wrongly choose and make us loose at the end..im not a person like A+'s people that totally smart and im also not a person like UNDRADUATE coz they have many smart ideas that can make multi million dollar but wish i can be like them coz they choose the path that they want to be success..lastly "not easy to be easy & not hard to get hard" hope we all can be success together >.<

hope u all will understand my newbie english hehehe ty

Sanctuary Ragnarok Online

Welcome to Sanctuary Ragnarok Online


SanctuaryRO is a free, private Ragnarok Online server in which you can easily discover your own place. Whether it's competing with others over MVPs, doing quests, defeating armies of other players in WoE and PVP, or just plain having fun with your friends. 

We are dedicated to bring you fun and enjoyment, with a new and fresh server. You will sure be dosed with thrill and excitement. Packed with custom items and features. 

SanctuaryRO is a well-balanced Server keeping the setting well-established and the competition high. Custom items are not overpowered unlike other servers. You can get any item without even donating.

 So, what are you waiting for? Join us now and see you in-game!

Our website

Our fb group

Saturday, September 14, 2013

MegaStoon Jom buat duit online


jom buat duit..try tak rugi..tanpa deposit..just register & share this..click link ini..
wanna try to make some money??without capital??ust register & share this..click this link..




jom try hehehe


1st join anda akan dapat 15$..then promote link je..bila org tengok je dapat gak hehehe jom sama² kite try

1st after u join u will get 15$..then juz promo ur link to anyone...once they click juz to see it u get 2$...easy right??lets try it now

Testimoni 1 

14/9/2013


Testimoni 2  

15/9/2013
Testimoni 3 

17/9/2013

masih tak caya lagi??jom la try tak rugi pon >.<

Thursday, September 12, 2013

Nak tambah income??jom try this...


Ada sesiapa yang nak tambahkan income anda?
Buat duit online tanpa modal tu...

 jom join 8share...http://bit.ly/158F3lv 
Orang cakap kumpul sikit­², lama² jadi bukit...ibarat kita menabung..

orang cakap : sikit je dapat emmm :( 

bagi aku : kumpul je sikit²...lagipun daftar free just korang SHARE iklan² yg ada kat FB,Tweter & DLL...Serious tak rugi mencuba...kumpul cukup RM 50 da boleh cash out hehehe 




 Yang ni utk bulan ogos...maklumlah baru join...atas ni total yg aku dapat..so kumpul² dapat la yg ni...so pikirlah sape nak bagi kan? 


So bagi sape² yg nak try click la link yg ada ni 

>>>   http://bit.ly/158F3lv   <<<

SERIOUS TAK RUGI !!!!! >.<

Tuesday, September 10, 2013

Untuk Bill Gates:Daripada Mr.Bean

wahahahahaha Mr.Bean x2 
(^~^)

LOL!!!! Gambar2 yg Buat Anda Kata LoL

RXZ 1st Model ke??hahaha

Seriously jawapan ni??? hahahaha


Seriously =.="


Budak2 zaman sekarang LOL


Kereta lembu??hhahaha


Brand New Ubat Gigi hahahaha


Monday, September 9, 2013

Perghh Terbaik !!! : Kreativiti dari Anak Tempatan



Sekali imbas motosikal ini langsung tidak kelihatan seperti sebuah motosikal berjenama Yamaha 135 LC. Motosikal ini telah menerima modifikasi termasuk enjin yang telah menelan belanja lebih RM15,000.

Menurut Firdaus selaku pemilik dan pereka motosikal ini, beliau dan beberapa lagi rakannya mengambil masa hampir dua tahun untuk mengubahsuai motosikal autoshow ini kerana mempunyai banyak masalah teknikal. Walaupun selalu dipamerkan dalam autoshow, tapi jangan tidak tahu yang motosikal ini berfungsi 100% seperti motosikal biasa.



Sunday, September 8, 2013

Perogol Pitam Akibat Salah Sasaran

London: Seorang lelaki yang disabitkan kesalahan merogol dilaporkan pitam selepas diberitahu mangsa serangan seksualnya itu membawa virus maut HIV.
Agensi berita Britain melaporkan Richard Thomas, 27, minggu lalu dihukum penjara lima tahun empat minggu kerana merogol seorang wanita ketika mangsa sedang tidur.

Thomas mengaku bersalah di mahkamah Liverpool pada 20 Julai lalu.
Berdasarkan dokumen mahkamah, Thomas ditangkap dan disoal siasat berhubung kes berkenaan.

Dalam temu bual itu Thomas mendakwa dia mabuk, mengambil kokain dan ekstasi serta gagal mengingat apa yang berlaku.

Bagaimanapun apabila polis memaklumkan mangsa serangan seksual Thomas itu membawa virusHIV, tertuduh pengsan kerana terkejut.
Sumber polis berkata, mereka terpaksa mengejarkan dia ke hospital untuk mendapatkan rawatan segera. Nasib Thomas sama ada dia akan dijangkiti virus penyebab Aids itu hanya akan diketahui hujung minggu ini apabila keputusan ujian darah dikeluarkan pejabat kesihatan.

Saksi berkata, Thomas menceroboh rumah mangsa - yang dikenali tertuduh - pada satu tengah malam dan merogolnya ketika wanita terbabit tidur.
Mangsa yang menetap di Leigh, Manchester, baru saja mengambil pil tidur sejurus sebelum diserang.

Kejadian itu hanya disedari mangsa apabila dia terjaga sejurus kemudian.

Sementara itu, peguam bela Thomas, Virginia Hayton berkata, tertuduh mula menagih dadah sejak berusia sembilan tahun dan menjadi kaki botol pada usia 11 tahun.

Thomas pula mengaku salah dan berkata, mangsa tidak akan menipu apabila menuduhnya melakukan serangan seksual.

“Jika dia saya merogolnya, maka memang saya merogol dia,” katanya. - Agensi

Friday, September 6, 2013

Hishamuddin-Baik potong elaun saya.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyokong cadangan agar elaun minyak bagi anggota Kabinet dan pegawai kerajaan dipotong ekoran kenaikan harga minyak yang diumumkan perdana menteri Isnin lalu.

Beliau juga sedia jika langkah tersebut mampu mengukuhkan keadaan ekonomi negara, kata Hishammuddin seperti dipetik dalam laporan akhbar hari ini.

NONE“Kalau kita mahu rakyat melihat situasi ini (pengurangan subsidi minyak) dengan berjimat, kita juga sebagai wakil rakyat harus sanggup lakukan perkara sama.

“Baik potong elaun saya sekarang kalau itu boleh bantu kukuhkan ekonomi, saya tidak teragak-agak dan sanggup lakukannya,” katanya seperti dipetik akhbar tersebut.

Beliau mengulas saranan oleh pengarah strategi PKR Rafizi Ramli agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memastikan menteri dan timbalan menteri membayar petrol mereka sendiri untuk memahami bebanan yang ditanggung rakyat akibat kenaikan harga petrol dan diesel.

Sikapnya yang ditunjukkan Hishammuddin itu berbeza dengan kenyataan seorang lagi menteri kabinet Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz yang menyifatkan cadangan Rafizi sebagai "idea bodoh".

Blogger Umno gelar Najib “sewel”


Menjelang perhimpunan agung Umno tidak lama lagi, serangan atas Datuk Seri Najib Razak (gambar) semakin ketara oleh para blogger Umno sehingga ada yang menggelarkannya sebagai “sewel”.
Syed Akbar Ali melalui blognya, OutSyed The Box, menggunakan nama Datuk “Sewel” Najib Tun Razak merujuk kepada presiden Umno itu.
Menurut kamus Pusat Rujukan Persuratan Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), sewel bermaksud tidak begitu waras atau tidak siuman.
Serangan Syed Akbar dalam tulisannya bertajuk “The PM's Screwup Team - Senarai Pegawai Pemandu, Bersih Supporters Etc" itu disiarkan juga di blog Rocky Bru, milik Datuk Ahirudin Atan, blogger yang rapat dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Kedua-dua mereka sepakat pembentukan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), badan yang ditubuhkan kerajaan untuk memantau pelaksanaan polisi kerajaan, adalah membazirkan wang negara.
Mereka memaparkan bagaimana staf-staf Pemandu diberikan gaji tinggi berbanding dengan pegawai kerajaan lain yang jauh lebih lama bertugas dari mereka.
Selain itu, mereka mempertikaikan gaji tinggi diberikan kepada staf Pemandu walaupun mereka gagal dalam memacukan ekonomi hingga keadaan ekonomi negara semakin teruk yang menyebabkan kerajaan terpaksa menaikkan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter baru-baru ini.
Menurut Ahirudin, sejak ditubuhkan, Pemandu tidak disenangi oleh para blogger pro-Barisan Nasional (BN).
Secara sulit, para menteri di dalam Kabinet Najib sendiri juga tidak senang dengan Datuk Seri Idris Jala, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, yang mengetuai Pemandu, kata Ahirudin bekas pengarang di beberapa akhbar pro-BN.
Syed Akbar pula melalui pengiraannya, Pemandu sudah membelanjakan RM337 juta dalam masa empat tahun ini.
Beliau mendakwa, sekumpulan orang muda dalam Pemandu ini yang memerintah negara bagi pihak perdana menteri.
Sebahagian dari mereka pula adalah penyokong Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), dakwa beliau dalam blognya.
"Mereka adalah dari firma Zaid Ibrahm and Co, Pricewaterhousecooper Singapura dan dari pelbagai tempat," katanya.
Menurut seorang pemimpin PKR, yang tidak mahu namanya dikenali, mengatakan kumpulan yang berkiblat kepada Dr Mahathir menjadikan isu Pemandu sebagai salah satu bahan serangan mereka.
Selain itu, mereka juga menyerang Perjanjian Persahabatan Trans Pasifik (TPPA), kegagalan Najib dalam pilihan raya umum lalu, pemansuhan Ordinan Darurat (EO)  dan beberapa isu lagi.
"Saya berpendapat, mereka akan membiarkan Najib kekal dalam pemilihan Umno akan datang ini.
"Namun selepas beberapa bulan, mereka akan menekan Najib agar meletakkan jawatan sebagaimana Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) ditekan sehingga meletakkan jawatan sebelum ini," kata pemimpin itu.
Menurutnya, tindakan tidak mencabar Najib dalam pemilihan akan datang adalah untuk mengelakkan Umno berpecah.
Bagi beliau, inilah asasnya mengapa Najib begitu ketara sekali mahukan kerjasama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan perpaduan.
"Najib mahu memberikan signal kepada Mahathir dan gengnya, beliau mempunyai 'option' lain iaitu Anwar," kata beliau kepada The Malaysian Insider.
Beberapa hari lalu, wakil Najib menghubungi Anwar lagi bertanyakan kerjasama antara mereka.
Anwar menolaknya dengan alasan tidak akan meninggalkan rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat (PR).
Menurut mesej terbaru itu, Najib sedia mempertimbangkan jika Anwar mahu membawa PAS bersama namun tidak berapa senang dengan DAP.
"Selain memberikan mesej kepada Dr Mahathir, kita bimbang isu ini juga bertujuan untuk memecahbelahkan perpaduan dalam PR," katanya.
Semasa perutusan Hari Kemerdekaan ke-56 baru-baru ini, Anwar mengumumkan kesediaan mengadakan dialog secara terbuka dengan BN untuk membincangkan isu-isu yang melibatkan kepentingan negara tetapi menolak agenda kerajaan perpaduan.
Tiga isu yang disebutkan Anwar adalah kemerosotan ekonomi, jenayah dan hubungan antara kaum yang beliau sifatkan sebagai masalah ketara negara masa kini. 

AKIBAT TENGOK PORNOGRAFI..!!!!

Kerosakan otak akibat pengaruh pornografi di mesin Magnetic Resonance Imaging (MRI), hasilnya sama dengan kerusakan pada mobil saat tabrakan keras. Demikian penjelasan r Elly Risman, psikolog dari Yayas..



Peringatan keras bagi penghobi tayangan porno. Ahli bedah saraf dari San Antonio, AS, Donald Hilton Jr MD, menyatakan kerosakan otak kerana ketagihan  pornografi dalam diskusi memahami dahsyatnya kerosakan otak akibat ketagihan  pornografi dan dadah dari tinjauan kesihatan di Departemen Kesihatan kemarin.

Menurut pakar neuro science dari Metodist Speciality and Transplant Hospital San Antonio itu, sebenarnya semua ketagihan (adiktif) berpengaruh terhadap kerosakan otak. Misalnya, ketagihan  makanan (obesitas), judi, dadah, maupun pornografi.

Hanya, tingkat kerosakan otak akibat ketagihan pornografi dinilai paling tinggi. Jika dibiarkan, hal itu boleh  mengakibatkan penyusutan (pengecilan) otak. Ujung-ujungnya, terjadi kerosakan otak. Permanen atau tidaknya kerosakan tersebut bergantung intervensi medik yang dilakukan.

Hilton menyatakan, penyusutan otak boleh beransur-ansur kembali normal asalkan dilakukan pengubatan secara intensif. Setidaknya diperlukan waktu sekitar 1 ke 5 tahun. Sebab, pada dasarnya, otak terus mengalami regenerasi jaringan. ''Dengan demikian, otak yang mengecil itu boleh  kembali lagi. Namun, cepat atau lambatnya pemulihan tersebut bergantung tingkat  ketagihan  yang diderita,'' ujarnya.

Kerosakan otak akibat ketagihan makanan (obesitas) maupun dadah  cenderung lebih mudah diatasi berbanding pornografi.

Menurut dia, ada perbezaan antara otak yang sudah ketagihan terhadap sesuatu dan yang tidak. Otak yang telanjur ketagihan memiliki mekanisme kontrol yang kecil terhadap rangsangan. Sebaliknya, otak yang belum ketagihan masih memiliki kontrol yang besar untuk mencegah perintah agar tidak ketagihan . ''Sehingga, masih boleh dihentikan ,'' cetusnya.

Berdasar hasil penelitian yang dilakukan Hilton bersama isterinya, di antara semua tingkat ketagihan , pornografi merupakan salah satu yang tersulit. Bahkan melebihi ketagihan  ubat. Menurut dia, majoriti kanak-kanak  maupun remaja menonton  tayangan pornografi dari internet.

Lantaran masukan itu hanya datang satu arah atau tanpa melalui diskusi maupun saringan dari orang tua, anak cenderung menerima informasi tersebut secara mentah. Di AS, 10 persen anak muda mengakses laman  pornografi.

Apakah kita mahu anak-anak kita mengalami kerosakan otak kerana melayari laman pornografi? Yang mana hasilnya , otak yang  rosak ini akan lebih terangsang menyuruh peribadi tersebut melakukan perkara-perkara maksiat dan kotor.

Thursday, September 5, 2013

Untuk "Pemimpin" Pikirkanlah !!!


Bukan kami marah harga minyak naik. Tapi pikirkanlah insan yang lebih susah daripada orng-orang besar yang hanya mampu menindas rakyat utk kepentingan sendiri.

Kita bising minyak naik bukan kerana kita benci Malaysia.

Kita bising minyak naik bukan kerana kita tak mampu bayar.

Tapi...
Kita bising sebab janji tak serupa bikin.
Kita bising sebab kesiankan rakyat marhaen.
Memang kita berduit.
Memang kita berharta.

Namun,
jauh di pelusuk sana,
ada yang menghitung syiling.

Ada yang bekerja teruk terkontang kanting.
Mereka tak ada slip gaji.
Jauh sekali socso mahupun kwsp.Kerjanya keluar pagi balik dinihari.

Dan kalian pula berbicara indah persis pujangga metropolis?
Hanya 20 sen?
Itu pun nak bising?
Kerja lah lebih kuat lagi?
Beribadatlah lebih lagi?
Untuk dimurahkan rezeki?

Ya...
Sembang kalian sembang mereka yang berharta.
Sembang kalian sembang orang yang penuh wibawa.

Sedangkan ada mereka yang facebook pun tiada.
Motor buruk hanya tunggu masa.

Kerja lebih kuat dari si sarjana muda.

Kerja lebih ikhlas dari si phd mahupun master.

Hanya untuk mulut mereka sekeluarga.

Ya..
Mereka tak berharta.
Salah mereka kerana tidak berusaha di zaman muda.

Tapi adakah kita berilmu untuk menjadi penindas mereka?

Kalau itu sistem kehidupan.
Aku rela jadi bodoh dari kalian.Kerana aku taknak hilang perikemanusiaan.

karya dari Redza Aziz

Wednesday, September 4, 2013

Chord and lirik Terima Kasih By IAmNeeta

Intro : Dm G C Am

Dm        G         C             Am          Dm
Tidak pernah ku rasa perasaan yang begini
G               C       Am
tulusku mencintaimu
Dm        G         C          Am
semua kerna dirimu ku berubah
Dm                     G           C      Am
hidup ini penuh dengan senyuman

c/o:
C                   Am
Oh sayang, datanglah
Dm                G
kuinginkan dirimu
C               Am
dekatlah padaku
Dm                G
kurindukan pelukmu

C                         Am   Dm
Terima kasih atas segalanya
G                 C               Am       Dm
yang telah kau beri amat ku hargai
G                               C           Am
setiap ku simpan di dalam hati
Dm       G     C       Am
penuh riang tawa mesra
Dm     G         C
terus terukir dihati

Dm                   G
siapa sangka kan bahagia
C               Am
bila dulu pernah luka
Dm                  G
cinta datang tak diduga
C          Am      Dm
bawa hingga syurga


Friday, August 30, 2013

Wow....!!!!!!!!!! Artis² "Wanita" Malaysia Paling Cun

Wow....!!!!!!!!!! Artis² "Wanita" Malaysia Paling Cun...memang cun kan3 sangat cun kan3 hahahaha :))
Yang manakah pilihan anda??hehe

Tuesday, August 27, 2013

Pertandingan Janggut dan Misai Peringkat Dunia ( 12 Gambar )

Haha mesti kita tak terfikir ada pertandingan untuk misai dan janggut kita. Tetapi hakikatnya memang ada.

Dalam pertandingan ini, semua lelaki akan menghias janggut atau misai untuk bertanding di dalam 17 kategori yang berbeza. Pertandingan ini dah bermula sejak 1990 dan tahun ini berlangsung di Norway pada 15 Mei yang lepas.


Seramai 150 orang peserta dari 15 buah negara bertanding dalam pertandingan tahun ini.












Monday, August 26, 2013

Benar sungguh sabda Rasulullah SAW

Rasulullah SAW bersabda, “Hampir datang suatu masa bahawa Islam hanya tinggal namanya, dan Al-Quran hanya tinggal tulisannya, masjid-masjid mereka indah tetapi kosong daripada hidayah petunjuk yang benar, para ulama mereka pula adalah seburuk-buruk makhluk yang berada di bawah naungan langit kerana daripada mereka itu keluarnya fitnah dan kepada merekalah fitnah itu akan kembali.”

(HR Imam Al-Baihaqi dari Ali RA).

NOTA: Sabda ini diucapkan ketika Rasulullah SAW masih hidup lagi kerana itu digunakan perkataan "hampir datang suatu masa". Kini Rasulullah SAW telah meninggalkan kita sekitar 1,400 tahun lampau.

Maka lihatlah situasi zaman sekarang:

1) Apakah benar islam itu hanya tinggal nama sahaja?

- YA, kita mengaku islam tetapi perwatakan kita seakan tiada beza dengan orang yg bukan islam. Kita amalkan riba dalam membeli rumah, kereta dll. Kita tinggalkan banyak pula sunnah.

2) Apakah Alquran kini hanya tinggal tulisan sahaja?

- YA, Kita tak tahu membaca alquran, jika tahu tergagap2 pula dengan kesilapan takwid di sana sini. Bagi yang pakar membaca alquran pula, alquran hanya sampai di lidah mereka tidak pula sampai ke hati dan tingkah laku maka jadilah alquran itu hanya tulisan untuk bacaan hafazan bagi mendirikan solat sahaja tapi bukan untuk diamalkan segala perintah yang termaktub di dalamnya kerana kita membeli rumah, kereta dll juga melalui riba yg dosanya sama seperti berzina sebanyak 26 kali!

3) Apakah masjid-masjid di zaman kita ini didirikan indah dan banyak?

- YA, Telah tumbuh masjid-masjid di negara-negara islam dengan banyak melalui prasarana dan reka bentuk yg sangat indah berseri dan memukau hati. Namun hakikatnya ada daripada sebilangan masjid itu dijadikan tempat menarik kehadiran pelancong untuk bergambar melewati keindahan masjid tetapi bukan untuk diimarahkan bagi menjadikan masjid sebuah institusi perpaduan dan kemasyarakatan yang memupuk taqwa kepada Allah. Lalu masjid-masjid tersebut selalu sahaja tidak dipenuhi oleh orang-orang yang ikhlas terhadap agamanya dan menjadikan masjid itu kosong daripada sebarang rahmat kesedaran dan keinsafan yang boleh membentuk jati diri seorang mukmim.

4) Apakah terdapat ulama-ulama zaman sekarang sama sebagaimana kata-kata hadis berkenaan iaitu "ULAMA ZAMAN ITU ADALAH SEBURUK-BURUK MAKHLUK DI BAWAH NAUNGAN LANGIT, DARIPADA MEREKA FITNAH ITU DATANG DAN KEPADA MEREKALAH FITNAH ITU KEMBALI"

- Saya tidak mahu menjawab persoalan ini, cuma fikirkan 4 daripada 3 perkara tentang akhir zaman dalam hadis ini telah jelas terjadi di zaman kita sedang hidup saat ini, maka apakah kamu sangka ulama yg buruk ini masih belum wujud sehingga sekarang ini??? Kata kunci kepada pencarian bab ke 4 ini di google untuk rujukan anda adalah ULAMA SUK ataupun ULAMA SU'.. Carilah makna ulama suk@ulama su' ini dan insyaAllah barang siapa yg jujur dalam mencari redha Allah, mereka mungkin akan dihidayahkan kelak.

Sunday, August 25, 2013

Pedang-pedang Nabi Muhammad SAW



Ini adalah pedang-pedang yang pernah dipakai oleh Nabi Muhammad SAW semasa hidupnya untuk berdakwah menyebarkan agama islam dan berperang di jalan Allah melawan kaum kafir. Jumlah keseluruhan pedang yang pernah digunakan adalah 7 pedang. 

1. Pedang Al Ma’thur

Juga dikenali sebagai ‘Ma’thur Al-Fijar’ adalah pedang yang dimiliki oleh Nabi Muhammad SAW sebelum baginda menerima wahyu yang pertama di Mekah. Pedang ini diberi oleh ayahnya, dan dibawa waktu hijrah dari Mekah ke Medinah sampai akhirnya diberikan bersama-sama dengan peralatan perang lain kepada Ali bin Abi Thalib.
Sekarang pedang ini berada di Museum Topkapi, Istanbul. Berbentuk blade dengan panjang 99 cm. Pegangannya terbuat dari emas dengan bentuk berupa 2 ular dengan berlapiskan emeralds dan pirus. Dekat dengan pegangan itu terdapat Kufic ukiran tulisan Arab berbunyi: ‘Abdallah bin Abd al-Mutalib’.


2. Pedang Al 'Adb

Al-’Adb, nama pedang ini, bererti “memotong” atau “tajam.” Pedang ini dikirim ke para sahabat Nabi Muhammad SAW beberapa saat sebelum Perang Badar. Baginda menggunakan pedang ini di Perang Uhud dan pengikut-pengikutnnya menggunakan pedang ini untuk menunjukkan kesetiaan kepada Nabi Muhammad SAW. Sekarang pedang ini berada di masjid Husain di Kairo Mesir.


3. Pedang Dhu Al Faqar

Dhu Al Faqar adalah sebuah pedang Nabi Muhammad SAW sebagai hasil rampasan pada waktu perang Badr. Dan dilaporkan bahawa Nabi Muhammad SAW memberikan pedang ini kepada Ali bin Abi Thalib, yang kemudian Ali mengembalikannya ketika Perang Uhud dengan bersimbah darah dari tangan dan bahunya, dengan membawa Dhu Al Faqar di tangannya.

Banyak sumber mengatakan bahawa pedang ini milik Ali Bin Abi Thalib dan keluarga. Berbentuk blade dengan dua mata. 


4. Pedang Al Battar

Al Battar adalah sebuah pedang Nabi Muhammad SAW sebagai hasil rampasan dari Banu Qaynaqa. Pedang ini disebut sebagai ‘Pedangnya para nabi‘, dan di dalam pedang ini terdapat ukiran tulisan Arab yang berbunyi :

‘Nabi Daud AS, Nabi Sulaiman AS, Nabi Musa AS, Nabi Harun AS, Nabi Yusuf AS, Nabi Zakaria AS, Nabi Yahya AS, Nabi Isa AS, Nabi Muhammad SAW’.

Gambar ukiran nama-nama para nabi di dalamnya : 
Di dalamnya juga terdapat gambar Nabi Daud AS ketika memotong kepala dari Goliath, orang yang memiliki pedang ini pada awalnya. Di pedang ini juga terdapat tulisan yang diidentifikasi sebagai tulisan Nabataean. 

Sekarang pedang ini berada di Museum Topkapi, Istanbul. Berbentuk blade dengan panjang 101 cm. Dikabarkan bahawa ini adalah pedang yang akan digunakan Nabi Isa AS kelak ketika dia turun ke bumi kembali untuk mengalahkan Dajjal. 
5. Pedang Hatf

Hatf adalah sebuah pedang Nabi Muhammad SAW sebagai hasil rampasan dari Banu Qaynaqa. Dikisahkan bahawa Nabi Daud AS mengambil pedang ‘Al Battar’ dari Goliath sebagai rampasan ketika baginda mengalahkan Goliath tersebut pada saat umurnya 20 tahun.

Allah SWT memberi kemampuan kepada Nabi Daud AS untuk ‘bekerja’ dengan besi, membuat baju baja, senjata dan alat perang, dan dia juga membuat senjatanya sendiri. Dan Hatf adalah salah satu buatannya, menyerupai Al Battar tetapi lebih besar dari itu. 

Baginda menggunakan pedang ini yang kemudian disimpan oleh suku Levita (suku yang menyimpan senjata-senjata barang Israel) dan akhirnya sampai ke tangan Nabi Muhammad SAW. Sekarang pedang ini berada di Musemum Topkapi, Istanbul. Berbentuk blade, dengan panjang 112 cm dan lebar 8 cm. 


6. Pedang Al Mikhdham

Ada yang mengabarkan bahwa pedang ini berasal dari Nabi Muhammad SAW yang kemudian diberikan kepada Ali bin Abi Thalib dan diteruskan ke anak-anaknya Ali. Tapi ada khabar lain bahawa pedang ini berasal dari Ali bin Abi Thalib sebagai hasil rampasan pada serangan yang dia pimpin di Syria. 

Sekarang pedang ini berada di Museum Topkapi, Istanbul. Berbentuk blade dengan panjang 97 cm, dan mempunyai ukiran tulisan Arab yang berbunyi: ‘Zayn al-Din al-Abidin’.
7. Pedang Al Rasub

Ada yang mengatakan bahawa pedang ini dijaga di rumah Nabi Muhammad SAW oleh keluarga dan sanak saudaranya seperti layaknya bahtera (Ark) yang disimpan oleh bangsa Israel.

Sekarang pedang ini berada di Museum Topkapi, Istanbul. Berbentuk blade dengan panjang 140 cm, mempunyai bulatan emas yang didalamnya terdapat ukiran tulisan Arab yang berbunyi: ‘Ja’far al-Sadiq’.