Rasulullah SAW bersabda, “Hampir datang suatu masa bahawa Islam hanya tinggal namanya, dan Al-Quran hanya tinggal tulisannya, masjid-masjid mereka indah tetapi kosong daripada hidayah petunjuk yang benar, para ulama mereka pula adalah seburuk-buruk makhluk yang berada di bawah naungan langit kerana daripada mereka itu keluarnya fitnah dan kepada merekalah fitnah itu akan kembali.”
(HR Imam Al-Baihaqi dari Ali RA).
NOTA: Sabda ini diucapkan ketika Rasulullah SAW masih hidup lagi kerana itu digunakan perkataan "hampir datang suatu masa". Kini Rasulullah SAW telah meninggalkan kita sekitar 1,400 tahun lampau.
Maka lihatlah situasi zaman sekarang:
1) Apakah benar islam itu hanya tinggal nama sahaja?
- YA, kita mengaku islam tetapi perwatakan kita seakan tiada beza dengan orang yg bukan islam. Kita amalkan riba dalam membeli rumah, kereta dll. Kita tinggalkan banyak pula sunnah.
2) Apakah Alquran kini hanya tinggal tulisan sahaja?
- YA, Kita tak tahu membaca alquran, jika tahu tergagap2 pula dengan kesilapan takwid di sana sini. Bagi yang pakar membaca alquran pula, alquran hanya sampai di lidah mereka tidak pula sampai ke hati dan tingkah laku maka jadilah alquran itu hanya tulisan untuk bacaan hafazan bagi mendirikan solat sahaja tapi bukan untuk diamalkan segala perintah yang termaktub di dalamnya kerana kita membeli rumah, kereta dll juga melalui riba yg dosanya sama seperti berzina sebanyak 26 kali!
3) Apakah masjid-masjid di zaman kita ini didirikan indah dan banyak?
- YA, Telah tumbuh masjid-masjid di negara-negara islam dengan banyak melalui prasarana dan reka bentuk yg sangat indah berseri dan memukau hati. Namun hakikatnya ada daripada sebilangan masjid itu dijadikan tempat menarik kehadiran pelancong untuk bergambar melewati keindahan masjid tetapi bukan untuk diimarahkan bagi menjadikan masjid sebuah institusi perpaduan dan kemasyarakatan yang memupuk taqwa kepada Allah. Lalu masjid-masjid tersebut selalu sahaja tidak dipenuhi oleh orang-orang yang ikhlas terhadap agamanya dan menjadikan masjid itu kosong daripada sebarang rahmat kesedaran dan keinsafan yang boleh membentuk jati diri seorang mukmim.
4) Apakah terdapat ulama-ulama zaman sekarang sama sebagaimana kata-kata hadis berkenaan iaitu "ULAMA ZAMAN ITU ADALAH SEBURUK-BURUK MAKHLUK DI BAWAH NAUNGAN LANGIT, DARIPADA MEREKA FITNAH ITU DATANG DAN KEPADA MEREKALAH FITNAH ITU KEMBALI"
- Saya tidak mahu menjawab persoalan ini, cuma fikirkan 4 daripada 3 perkara tentang akhir zaman dalam hadis ini telah jelas terjadi di zaman kita sedang hidup saat ini, maka apakah kamu sangka ulama yg buruk ini masih belum wujud sehingga sekarang ini??? Kata kunci kepada pencarian bab ke 4 ini di google untuk rujukan anda adalah ULAMA SUK ataupun ULAMA SU'.. Carilah makna ulama suk@ulama su' ini dan insyaAllah barang siapa yg jujur dalam mencari redha Allah, mereka mungkin akan dihidayahkan kelak.
No comments:
Post a Comment